Wednesday, February 19, 2014

Punca Sebenar JAWI Dan JAKIM Buka Kertas Siasatan Terhadap Kassim Ahmad Tersebar


Selepas ditekan pelbagai pihak, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan atas ucapan kontroversi Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar minggu lepas yang dirasmikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka sedang menyiasat kes tersebut dan mengenalpasti saksi yang menghadiri seminar bertajuk, "The Thoughts of Kassim Ahmad: A Review" yang dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Saya menasihatkan orang awam, terutamanya yang Muslim, untuk percaya pada pihak berkuasa dalam menangani isu ini. Dinasihati juga supaya berhenti melakukan apa-apa provokasi bagi mengelak gangguan harmoni dalam negara," kata Paimuzi dipetik dari agensi berita nasional, Bernama.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes ini disarankan tampil kepada bahagian penguatkuasaan Jawi bagi membantu siasatan.

Dalam seminar pada Ahad, Kassim dilaporkan menuduh para ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem 'kasta paderi', menyoal penggunaan Hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi orang Muslim untuk mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".

Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukannya sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam masa 30 Tahun".

Di Putrajaya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, berkata Jakim dan Jawi akan mengadakan mesyuarat dengan Kassim untuk mendapat maklum balas berhubung kenyataan kontroversinya.

Beliau berkata, pandangan Kassim bercanggah dengan prinsip Islam dan ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan masyarakat Islam di Malaysia.

Othman berkata, Jakim juga menggesa Jawi untuk mengambil tindakan atas undang-undang yang sedia ada dan bekerjasama dengan jabatan agama lain dalam mengawal isu kontroversi seperti ini.

Sementara itu di Ipoh, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati Kassim dan orang Islam yang setuju dengannya untuk bertaubat kerana pandangan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan menjejaskan akidah mereka.

Beliau berkata, Kassim bukannya pakar untuk membincangkan undang-undang Islam dalam Al-Quran kerana kekurangan ilmu dalam bahasa Arab dan Fikah (perundangan Islam), perkara yang penting dalam membuat undang-undang Islam, dan Kassim hanya menggunakan bahasa mudah dan lojik.

Harussani berkata, mempersoalkan syahadah sama seperti murtad, manakala menolak Hadis juga bertentangan dengan ajaran Islam kerana Nabi Muhammad bukannya menulis Hadis dengan pendapatnya sendiri, tetapi semua Hadis merupakan riwayat yang disampaikan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.

Beliau juga berkata mempersoalkan selawat juga becanggah dengan perintah Allah seperti dalam Al-Quran dalam ayat 56 surah Al-Ahzab.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mempertahankan Kassim dengan mengatakan banyak pihak tidak memahami intelektual Melayu yang pernah menjadi presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu. ~tmi

Sumber :-http://addindeen.blogspot.com/2014/02/punca-sebenar-jawi-dan-jakim-buka.html

Kenyataan penuh JAKIM berhubung isu Kassim Ahmad

Mula-mula kita baca dulu apa kata mantan Perdana Menteri merangkap mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohammed dalam mempertahankan kenyataan Kassim Ahmad..

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya lapor Malaysiakini di SINI

BERIKUT pula adalah kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sumber :-http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/02/kenyataan-penuh-jakim-berhubung-isu.html

Tuesday, February 28, 2012

PANAS! : BONGKAR SERBA SEDIKIT MENGENAI HAKIKAT SYIAH!!

1. LATAR BELAKANG

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

3.1 Pusat Pengajian Tinggi

Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

3.2 Orang Awam

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

3.3 Menubuhkan Persatuan

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4 PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1 Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina
Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83


4.3 Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6 Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51


4.9 Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


4.10 Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:


4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330



4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :

Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah

Saturday, February 11, 2012

Hebat ni - Ilmuwan: Puasa dapat Membuat Sel Kanser Bunuh Diri

Satu lagi manfaat dari kegiatan puasa ditemukan oleh ilmuwan kedoktoran dari England. Puasa dikatakan dapat membantu memperlambat pertumbuhan sel kanser payudara atau bahkan membunuhnya.

selain manfaat spiritual yang diperkenalkan oleh beberapa agama seperti Islam, Kristen dan Yahudi, puasa juga terbukti secara ilmiah mempunyai manfaat secara jasmani. Nah manfaat yang terakhir ditemukan adalah dapat membantu memerangi sel-sel kanser.

Dalam penelitian yang dipublikasikan dalam jurnal Ilmu pengetahuan Translational Medicine baru-baru ini, ditemukan bahawa sel-sel tumor berekasi khas terhadap hasil puasa dibandingkan dengan sel biasa.
Jika biasanya sel kanser akan memasuki tahap 'istirahat' atau hibernasi, sel-sel ini akan terus berkembang dan membelah diri, dan pada akhirnya, mereka akan menghancurkan diri mereka sendiri.

Ketua peneliti dari Universiti Southern California, Prof Valter Longo, mengatakan: "Sel-sel itu, faktanya, melakukan bunuh diri. Apa yang kita lihat adalah sel kanser ini mencuba untuk mencari apa yang mereka tidak temukan dari sel darah orang yang telah berpuasa. Mereka mencuba mencari penggantinya, tapi tidak boleh."

Studi yang dilakukan terhadap tikus itu menunjukan kombinasi puasa dan kemoterapi dapat memperlambat pertumbuhan sel tumor secara efektif dan menyembuhkan beberapa sel kanser. Jika dilakukan tanpa kemoterapi, puasa juga bermanfaat untuk memperlambat pertumbuhan kanser payudara, kanser kulit, otak dan saraf (jenis-jenis tertentu).

Berbagai siklus puasa yang dikombinasikan dengan kemoterapi dapat menyembuhkan 20 persen dari mereka yang terserang oleh sel kanser ganas, sedangkan untuk penderita sel kanser dengan penyebaran terbatas, 40 persennya dapat disembuhkan.

Dari semua percubaan yang dilakukan, tak ada satupun tikus yang hidup setelah dirawat dengan hanya melalui kemoterapi.

Untuk diaplikasikan ke manusia, peneliti sedang melakukan penelitian yang kemungkinan baru selesai dalam waktu beberapa tahun lagi. Yang pasti tidak sembarang pasien diperbolehkan melakukan puasa. Mereka yang sudah kehilangan banyak berat badannya tidak diperkenankan untuk berpuasa, kerana hal ini justru dapat memberi mereka efek samping negatif seperti diabetes.
Note: Artikel ini hanyalah memberitakan sebuah hasil penelitian terbaru mengenai kanser, apa yang ditulis disini disajikan apa adanya dan tidak bisa dipakai sebagai bahan rujukan kecuali dengan petunjuk doktor

Tuesday, March 1, 2011

HAK ANDA TERHADAP SAMAN EKOR

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE

Thursday, November 25, 2010

BAHAYA WIFI DI RUMAH


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda – Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam


Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.


Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.


Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.


Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan
Pada kawan yang dok pasang wifi di rumah tu berhati hati laa.Kalau pokok mati tak kisah....takut benda lain yang mati..gelap masa depan...

Tuesday, November 23, 2010

SAMPAH OOOO SAMPAH DI KEDAH


SAMPAH OOOO SAMPAHHH.....

INI ALASAN E-IDAMAN KATA KERANA BANJIR...SAMPAI MENINGKAT BERKALI GANDA...

ENTAH LAA..AKU PUN HERAN.....DAH TAU BANYAK SAMPAI KUTIP JA LAA.....

TAK CUKUP LORI TAMBAH LORI....TAK BOLEH TAMBAH..SEWA......KALAU MACAM NIEE...BOLEH MENJATUHKAN MARUAH NEGERI KEDAH.....

DATUK BANDAR DATUK KHAZALI DIN KATA 40 LORI GUNA UNTUK ANGGKUT SAMPAH DI DAERAH YG TERJEJAS BANJIR...

SEMENTARA SETIAUSAHA MAJLIS KUBANG PASU MOHD TARMIZI ABDUL RANI KATA KERJA KERJA PUGUTAN SAMPAH AKAN DIBAHAGI KEPADA 4 ZON...YG NIE AKU TAK MAU KATA APA LAA..BUDAK KG AKU...JIRAN AKU PULAK...KENAL SEJAK KECIL LAGI.....APA PUN ANAK PAK DAK DERANI BUAT LA YG TERBAIK..JGN JADI MACAM DLM GAMBAR...

TAK PAA LAA..ITU ALASAN DIA....TENGOH LEPAS BANJIR....APA KATA PULAK.....

MEMBERI ALSAN MEMANG SENANG....MENYELESAIKAN MASALAH...ITU YG SUSAH....

Wednesday, May 12, 2010

MINI SUKNA DI KEDAH 21 - 23 MEI 2010

KAH KAH KAH.......KAHHHHHHH

MINTA RM 1800 UNTUK MINI SUKNA BAGI KOS PENGINAPAN & PENGANGKUTAN...


YANG DAPAT RM 2500 KERANA TNT DAH KURANG....


KAHHHH KAHHHHH KAHHHHH...


HUUUUU HUUUU HUUU......

SAMA SAMA LA KITA BERMINI SUKNA DI KEDAH....

TAHNIAH PENGERUSI KELAB......


SETAKAT RM 1800 TU....BOS NGAN ROSLI TAK PI KL SEKALI DAH BOLEH LEPAS...


KIIHHHHHHH KIHHHHHH KIHHHH...

Wednesday, April 21, 2010

Taklimat Ar Rahnu Wakil Bank Rakyat Dan Wakil Bank Persatuan


22 April 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengandakan taklimat Ar Rahnu di Sunway Hotel.Taklimat ini baik bagi menjana ekonomi orang islam demi mengelakkan unsur riba dan gharar dalam urusniaga pajak gadai.

Terdapat 124 cawangan Ar Rahnu di seluruh malaysia dan 10 Ar Rahnu koperasi di seluruh Malaysia.Di Pulau Pinang terdapat 2 Ar Rahnu telah diluluskan untuk menjadi Ar Rahnu X Change oleh Bank Rakyat iaitu Koperasi Serbaguna Gelugor dan Koperasi Telekom. Terdapat 2 Koperasi yang dalam perancangan iaitu Koperasi USM dan Koperasi Usahawan Balik Pulau.

Program ini baik bagi mengelakkan orang ramai menggunakan pajak gadai konvensional.Caj perkhidmatan Ar Rahnu adalah serendah 12% setahun berbanding pajak gadai konvevsional 24% setahun.

Wednesday, February 17, 2010

DILEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pulau Pinang menjadi terkenal kerana sambutan Maulidur Rasul....Dulu ada perarakan ....lepas tu tiada perarakkan pulak......sekarang ada pulak...ini semua politik punya cita....dari ada...terus tiada...dari tiada terus ada....itu lah anehya negeri Pulau Pinang...


Perkara kecil sudah jadi besar.....perarakan bukanlah isu utama....yang utama cari silap orang...jumpa silap....terus tembak...bila dah tembak semua orang kena tempias....dari surat khabar...sampai ke telivisyen...tak habis habis cita pasai BATAL.....


Yang BATAL perarakan bukan sambutan...tapi yang timbul ...perkara BATAL...niat baik dah jadi celaru....yang celaru dah jadi haru....yang haru dah jadi biru....semua orang disuruh pakai baju biru .....sebab baju merah dah tak muat....mana tak ada biru...pakai laaa warna apa pun...asal biru....

Johor, Pahang dan Perlis pun BATAL perarakan tapi tak heboh pun.....???????????????? tak masuk TV pun....pengisian tu penting...bukan perarakan....sama-sama laa..kita ambil iktibar....

26 hb sama sama kita berarak....kontigen kita akan jadi warna warni....

Saturday, October 31, 2009

EGM KHAS

EGM khas

Kenapa ada EGM Khas

Kenapa ramai nak EGM khas

MCA buat EGM khas

Lagi sekali nak buat EGM khas

Berasa banyak khas nie...............

Tok Guru Nik Aziz pun cadang nak buat EGM khas

Tapi muzakarah sampai 1.00 pg tak jadi EGM jadi pelik

Koperasi Buah Pala pun buat EGM khas

Di Bayview Geoegetown usul lulus.....

Pakat pakat dapat rumah teres...

PPP pun nak buat EGM khas...

Tapi last tak jadi....

Ini semua cita tak puas hati

Semua pasai orang atasan masalah

Ada EGM kerana orang Bawahan??????

Tak adaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kelab JPBD pun kena EGM khas juga rasanya

Ramai dah kepala pusing

Ini semua pasai atas......

Naik bukit Air Itam sebulan pun tak hilang kepala pusing...

Balik balik lagi pusing.....

Sama pakat pikiaq......

Jgn jadi bom Jangka......

Thursday, October 1, 2009

UBAH & BERUBAH

Mari kita berubah

Pemerintahan dah banyak berubah

Perdana menteri pun dah banyak diubah

Adun pun dan banyak berubah...dari melayu ke cinyu

Ada yang dok ubah parti

Ada berubah parti

Ada berani berubah

Ada juga lagi takut berubah.......ubah tempat makan?????

Kawan aku ada diubah

Dari unit baru ke unit lama..

Dari atas turun kebawah...

Itu juga dikata berubah....

Semua ini ada orang ubah....

Ramai juga takut diubah.......tempat itu lubuk kelah...

Ada juga sudah diubah tapi tempat tak berubah...

Itu tanda pokok tongkat ali...(akar tunjang)

Kononnya nak tunjuk perubahan...

Tapi malangya apa pun tak berubah......

Ada juga nak ubah motor.......dari 135cc ke lebih besar....

Nampak gaya ubah bahagian ja laa...

Moral cita jangan pandai-pandai nak ubah....kecuali kita dulu berubah..

Ada juga nak ubah sinario....dari biasa ke lebih luar biasa......

Dari meriah ke lebih meriah-meriah...

Dari cantik ke lebih cantik

Itu tanda mahu berubah...

Ada juga pi ubah baru ke lama.....lama ke baru......lama lama baru....(mcm biasa dgr ja)

Dari zink ke atap nipah...

Dari manusia menjadi katon...

Kita hendaklah berubah bukan ubah.....

Tuesday, September 8, 2009

PELIK TAPI AJAIB


8 Sept 2009 kejadian berlaku di pekan Balik Pulau Pulau Pinang.Tak ada angin tak ada ribut dan kawasan parking kereta tapi boleh jadi macam nie...Lu pikir ler sendiri....

Sunday, July 19, 2009

Convertion Tanah Kedah & Penang

Yang pening tu tanah di kedah ada relong....itu ok sikit...pas tu ...jemba...pole....rood...udah,....menatang apa pulak tu..dulu aku penah belajar dgn hj azmi dia nie pandai la pasai pole...rood....jemba niee... tapi aku dah lupa....pikiaq pikiaq punya pikiaq....baru jumpa convertion dua negeri yang memeningkan aku nie....bila jumpa aku nak share laa..ngan kawan-kawan aku kat JPBD...kalau hampa tak guna pun...mana tau ada harta sesat kat kedah..boleh buat rujukan......mana mana org kedah tu..kalau geran lama macam nie laa keluarsannya...la nie tak da dah...acre ngan hectare jaa....

Yang mana org sempadan Perak dgn Penang tak da kiraan mcm nie kot....maklumla...penang dulu sebahagian dari kedah


SI units (Metric )
1 hectare = 10,000 sq meters

Non SI units
1 acre = 43,560 square foot
1 hectare = 2.471 acres
1 relong = 30,976 square feet
1 relong = 484 jempa
1 jempa = 64 sq ft
1 hectare = 3.4748 relong
1 acre = 4 rood
1 rood = 40 pole
1 rood = 10,890 sq. feet
1 pole = 272.25 sq. feet
1 sq meter = 10.76381 sq feet

1 link = 0.201168 m (kebanyakan cp plan masih menggunakan ukuran link dalam pengiraan)

Kiraan 1

Land Area 12acres 0rood 32.5pole = (12 + 0 + 0.203)acres = 12.203 acres x 43,560 square feet= 531,562.68 square feet= 49,384.24963 square metes= 4.9384 hectares.



Wednesday, July 15, 2009

MAKAN PIZZA


Kalau kawan-kawan semua nak tau....ini la keje lepa niee..asyik makan jer.......


Lokasi dirahsiakan demi keselamatan blogger....hehheheh..
Minta semua yang pegi tu bagi penjelasan yaa.....tunjuk sebab...kenapa pi.....


Tuesday, July 14, 2009

CICAK


Semua orang tahu dan kenal cicak.Kat rumah pun ada kat mana-mana pun ada. Suatu masa dulu budak-budak memang suka cicak tapi cicakman la..Siap boleh buat duit lagi. Tapi ini cicak memang orang tak suka. Sapa nak suka dengan dia banyak kejahatan dari kebaikan.

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.Lu pikirla sendiri……

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dinding kat rumah aku pun dah ada sekarang sedang membesar.Kalau tak silap dah 2 keturunan kot jenerasi cicak kat rumah aku.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir, situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas.

Manusia sekarang ni dah umpama cicak.Cuma bezanya dia binatang je dan berekor manusia tak ada ekor tapi dah banyak ekor sekarang nie.Kalau mana mana ada orang macam cicak nie baik hapuskan lah…suatu hari nanti semua tak bersih kerana dia (cicak la bukan hampa).

Mana-mana ada yang sewaktu dengan cicak tu udah laa….jgn la jadi cicak…baik jadi cicak mengkarung….dalam Quran pun kata bunuh cicak dapat pahala.pasai apa…..pasai apa…..pikir laa…….

PENGANUGERAHAN PINGAT



Sekalung budi dan terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perancang Bandar Desa Pulau Pinang amnya dan Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman B. Hj Abdul Abbas khasnya kerana menganugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) pada 14 Julai 2009.
Tidak lupa juga ucapan taniah kepada Tn. Hj Rosli B. Haron kerana beliau juga dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

MANEK URAI N.41

Pas menang tipis 65 undi berbanding tahun 2008 1352 majoriti.

Pas 5348
UMNO 5283
Majoriti 65

398 undi Pas merosot.Apakah puncanya.Li pikirlah sendiri.......

1. Adakah kepimpinan UMNO telah pulih?

2. Isu kerajaan perpaduan Pas dan UMNO?

3. Politik wang?

4. Perubahan politik orang melayu?

Memang benar artikel di malaysiakini penjual ikan pemang nyawa-nyawa ikan.Persoalannya sampai bila melayu akan jadi macam nie...sudah laa..letih aku tengok politik malaysia...last nanti saper untung ?????? jugak... biar lah org melayu berlainan idologi tetapi tujuan yang satu.....percambahan pendapat tak salah tetapi pepecahan yang salah.......

Thursday, July 9, 2009

MASIH LAGI BERCUTI BAPA SAKIT DI KAMPUNG

Assalamualaikum...

Saya memohon kemaafan kerana saya masih lagi bercuti di kampung. Bapa saya sedang sakit kuat di kampung. Setelah dua minggu di wad Hospital Sultanah Bahiyah pada 8/7/2009 jam 11.30 mlm bapa saya telah dihantar ke wad ICU kerana kritikal.

Terima kasih kepada en.Mawadri dan abg anuar kerana dtg melawat semalam.

Juga pada masjlis perpisahan pn. Asni hari ini. Mkn durian jgn lupa blogger.

Monday, July 6, 2009

Cara tiongmas makan


Kejadian berlaku pada pukul 10.00 pg 7hb julai 2009 di kedai pak lang.Berginilah rutin harian hidup tiongmas rakan kita. Dengan penuh semangat makan tanpa mengira org lain dah.


jgn lupa duit KWSP nanti,,,,,,... kita makan ramai ramai...hahahahha

...